Seperti tahun sebelumnya, sekali lagi di bulan syawal ini, pihak SJK (C) Chung Hua Meludam telah mengadakan majlis ramah tamah aidilfitri tahun 2016. Berbeza dengan tahun sebelumnya, majlis ramah-tamah kali ini diserikan lagi dengan kedatangan ibu bapa pelajar. Pelbagai aktiviti yang telah dianjurkan seperti pertandingan busana muslim dan muslimah, pertandingan keluarga paling sedondon dan sebagainya. Majlis turut diceriakan lagi dengan dendangan lagu hari raya dan warna-warni bunga api. 

Tarikh: 18 Julai 2016 (Isnin)

Tempat: Perkarangan SJK (C) Chung Hua Meludam