Pusat Internet  Kampung Hilir Maludam mempunyai seramai 502 orang ahli berdaftar (Mei 2017).

Pusat Internet Kampung Hilir Maludam bertempat di Jalan Kampung Hilir, 94950 Pusa, Betong Sarawak. Pusat internet 1Malaysia  ini merupakan projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) dan MSD Digital Intelligences Sdn Bhd dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan dikawasan luar bandar. Pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan untuk komuniti setempat seperti penggunaan komputer dan internet, mencetak, fotostat, mengimbas, laminating, binding serta kelas latihan dan pembangunan. Antara kelas latihan dan pembangunan yang diadakan ialah kelas latihan microsoft( Word, Excel dan Power Point), Adobe Photoshop, Asas pembangunan laman web, latihan keusahawanan, asas internet, dan sebagainya.